Hari Pertama (Sabtu 7 Jun 2008)
Pepagi sebelum subuh ketika orang sedang nyenyak tidur di kala jam 3am, haku memandu kereta dari Kuala Lumpur menuju ke Gerik, Perak dengan satu tujuan iaitu memancing ikan Kelah di Tasik Banding. Sebelum melangkah keluar ke
Lebuhraya PLUS haku singgah di Damansara Pedana untuk mengambil seorang kawan yang turut sama menyertai aktiviti ini. Perancangan rapi telah dibuat selama 2 bulan sebelum ke sana seperti barangan makanan serta menu masakan semasa berada di sana.
Suasana pagi yang nyaman serta kurangnya kenderaan menjadikan perjalanan lancar dan selesa, haku berbual dengan menanam cita-cita tinggi untuk menaikkan ikan jarang-jarang di pancing malah ikan ini di ketegorikan sebagai ikan hampir
pupus dalam negara kita. Ikan Kelah juge di kenali dengan nama lain iaitu Mahseer, Semah (Sabah) dan Empura (Sarawak) Ikan ini terdapat kawasan2 Asia seperti India, Nepal, Indonesia, Thailand, Loas dan Malaysia.
Untuk sampai ke Gerik, Perak yang dulu terkenal dengan kawasan hitam semasa zaman komunis,kiter perlu melalui Lebuhraya PLUS ke utara hingga sampai ke simpang keluar Kuala Kangsar, Perak dan apabila keluar dari tol plaza bergerak terus ke Lenggong atau ke Gerik. Perjalanan memakan masa lebih kurang 11/2jam sejauh 150km untuk sampai ke Tasik Banding. Haku pertama kali melalui
kawasan ini beranggapan kawasan sebelah sini mundur dengan kampung-kampung tradisonal yang terusik dengan pembangunan, rupa-rupa meleset sama sekali. Kagum haku melihat kawasan-kawasan rumah-rumah batu dan kemudahan serta infrastructure semasa melalui jalan untuk kesana. Haku berhenti rehat dan bersolat di RnR Sultan Azlan Shah lebih kurang 6.30am dan tiba di Pekan Gerik 8.20am di mana tempat kami semua berkumpul.
Kami seramai 11 orang walaupon pada mulanya 16 orang akan tetapi atas sebab-sebab peribadi maka tinggal lah yang ini yang betul-betul mempunyai keazaman dan semangat yang membara untuk memancing ikan ini. Perjalanan di teruskan dan memakan masa 30 minit untuk tiba di Tasik Banding walaupon sesekali haku terasa mengantuk kerana tidak tidur semalaman dek kerna teruja untuk kesini. Kami banyak berbual-bual perihal memancing, khemah serta aturcara menu untuk makan malam semasa di dalam hutan. Setiba kami di sana tekong telah sedia menunggu dengan awak-awak berserta seorang Asli untuk menjadi juruarah semasa kami berada di dalam hutan nanti.
Urusan permit untuk memasuki hutan dengan pejabat Perhutanan Perak telah diuruskan pada hari sebelum berangkat akan tetapi kami perlu melaporkan diri di
pejabat polis di tepi Tasik Banding untuk keselamatan kami jika berlaku apa-apa. Menaiki bot fiber berenjin sangkut 40bhp sangat mengasyikkan ketika melalui Tasik Banding dengan melihat panorama yang jarang di lihat di Kuala Lumpur, kami semua bergelak ketawa sambil mengambil gambar untuk kenang-kenangan. Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sekali lagi dikehendaki melaporkan diri di pos tentera yang terletak di dalam kawasan tasik sebelum memasuki kawasan Hutan Belum.
Perjalanan memakan masa 2 jam untuk sampai ke Sungai Kejar di mana di situ tempat kami akan berkhemah dan memancing, pada mulanya masing2 agak teruja bermacam-macam citer yang keluar tapi setelah agak lama berada dalam bot masing-masing terdiam dan melayani perasaan mungkin sebab dah kehabisan modal cerita agaknya. Kami tiba di perkampungan orang asli untuk mengupah dua orang untuk menggangkat barang-barang untuk ke kem site dengan berjalan kaki yang akan memakan masa selama 2 jam lagi. Kami di kerumuni oleh orang asli untuk mendapatkan ‘hadiah’ iaitu rokok dan bertanyakan kalau-kalau ada yang sanggup untuk membawa barangan untuk ke dalam sana. Kami diberitahu tentang kehilangan sorang pegawai tentera ketika memasuki hutan jadi mereka menolak untuk menerima tawaran kerana jika terserempak dengan askar-askar yang sedang menjalankan tugas mereka dan kami diarahkan keluar dari kawasan itu.
Kami meneruskan perjalanan memasuk sungai dari kawasan tasik yang luas, seluas saujana mata yang memandang dengan kehijauan hutan dan bukit-bukit yang di tenggelami air dan kejernihan air tasik. Perjalanan tidak lah terlalu lama bila melalui kawasan sungai, kami berhenti di suatu kawasan lubuk sebab bot tidak dapat
melalui sungai kerana air sungai cetek dan kami juga terpaksa berkhemah di tepi tebing sungai oleh keranan tak berdaya nak membawa barangan masuk jauh kedalam hutan tempat di mana lubuk ikan yang jarang dikunjungi oleh pemancing.
Setelah khemah siap dipasang kami semua tidak membuang masa, masing-masing menyiapkan ‘senjata’ untuk menawan ikan idaman yang dicari-cari bagi dapatkan ‘lesen’ pada hari pertama. Haku juge tidak membuang masa dengan menyiapkan kelengkapan memancing sesi sebelah petang yang berakhir pada jam 6.pm dan terpaksa pulang awal kerana tugas telah diberikan sebagai pembantu tukang masak. Menu makan malam sangat mudah, nasi,sayur lemak kobis, ikan sardin dalam tin dan telur dadar menjadi menu malam pertama. Haku tidak dapat bertahan lama pada malamnya kerana tidak tidur semalaman hingga sampai sini, oleh itu aktiviti memancing pada waktu malam tidak dapat diteruskan. Hujan sepanjang malam membuatkan khemah kami tidak dapat menahan titisan air
yang memasuki khemah brand ‘cap ayam’ yang dibeli dekat Giants dan kami tidur dalam kelembapan serta sedikit kebasahan akan tetapi ia tidak langsung mengganggu tidur ku kerana sudah kepenatan.
Hari Kedua (Ahad 8 Jun 2008)
Pepagi lagi haku bangun kerana ketidak selesaan berada dalam khemah kerna
hujan sepanjang malam tadi,ia tidak mematahkan semangat untuk memancing walaupon badan terasa kepenatan. Haku mencapai joran dan berjalan 20 meter ke tebing sungai dan memancing bersendirian untuk mencari ketenangan melihat keindahan panorama waktu pagi yang berkabus yang menutupi pokok-
pokok balak yang berada di tepi sungai. Kail berumpankan cacing yang dicari rakan-rakan yang ditinggalkan malam tadi membuahkan hasil yang pertama iaitu seekor ikan Baung dan Baung lagi dan seterusnya ikan itu juge. Banyak juge hasil pancingan pagi itu yang turut dikongsi dengan seorang rakan tak kurang dari 10 ekor hanya dalam masa 1 jam setengah.
Haku dan rakan kembali semula ke khemah untuk memulakan tugas resmi iaitu memasak sarapan pagi iaitu nasi goreng perencah Adabi, bersama-sama mengoreng ikan yang di pancing semalam untuk di jadikan lauk. Hasil tangkapan semalam amat memuaskan walaupon haku tidak dapat turut serta kerana tugasan di khemah membuatkan rasa hati teruja bila melihat ikan-ikan yang di pancing
hampir-hampir 500gm seekor. Setelah selesai sarapan kami semua bersiap-siap untuk berjalan kaki masuk jauh kedalam hutan Belum untuk mencari Raja Ikan’ iaitu Kelah, walaupon haku boleh katakan treking ini tidak la mencabar akan tetapi jika dalam keadaan tidak bersedia atau kerana kurang tidur itu boleh membuakan kiter terasa penat dan ini terjadi pada haku.
2 jam perjalanan di janjikan untuk sampai ke lubuk tersebut dan kami trekking melalui tebing-tebing sungai dan sesekali melepasi kem site askar yang telah di tinggalkan, cantik dan kreatif sungguh mereka membuatnya mungkin sebab mereka telah diajar untuk melakukan bilamana mereka berada di dalam hutan dalam jangka waktu yang lama. Meja dan tempat duduk atau pangkin sangat elok pembuatannya tapi sayang sekali haku tidak merakam tempat-tempat sebegitu. Sewaktu trekking ada lebih kurang 3 hingga 4 tempat seperti itu yang kami jumpa dan semuanya ditinggalkan dan ada yang telah reput dimakan usia. Perjalanan 2 jam telah di lepasi akan tetapi tempat yang di tujui tidak juga kelihatan dan kami melihat guide iaitu orang asli masih tidak menjumpai lubuk tersebut dan kami mula bertanya kalau-kalau sudah tersesat jalan dan jawapan yang diterima dia juge tidak tahu.
Hadoi.. penat juge kami rasakan setelah lebih 2 jam berjalan dan muka masing-
masing nampak kepenatannya, orang yang kami harapkan untuk menunjuk arah dalam hutan juge tidak membantu malah katanyer lubuk yang dicari itu pon tidak di ketahuinya. Perjalanan tetap diteruskan walaupon kaki-kaki sudah kepenatan dan apabila berjumpa anak-anak sungai masing-masing meneguk sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga. Akan tetapi kami tetap yakin dengan berpandukan denai-denai yang kami lalui serta orang asli yang menjadi juruarah
kami maka tidaklah dirasai kerisauan itu. Kami menyusuri anak sungai dengan melalui tebing-tebing berbatu serta meredah sungai untuk keluar dari laluan asal untuk mencari sungai utama iaitu Sungai Kejar.
Akhirnya kami bertemu juga dengan sungai tersebut walaupon memakan masa 3 jam lebih dengan kaki-kaki berdarah kerana sang pacat tidak henti-henti hinggap dan menghisap dengan badan yang keding menjadi bulat buncit. Kami berjalan di tebing-tebing sungai berpatah balik untuk mencari lubuk tersebut hingga kami berjumpa, walaupon kepenatan agenda utama iaitu memacing kami teruskan dengan harapkan ikan yang dicari dapat menghilangkan penat dan kelesuan kami semua. Hari semakin petang kami tidak dapat menunggu lebih lama jam 4pm kami semua bergerak kuar dari lubuk dengan hasil yang tak seberapa yang mana
semuanya di jadikan hidangan kami di situ juge. Sewaktu perjalanan pulang haku melihat kesan-kesan sondolan tanah oleh babi hutan mencari cacing serta juge terdapat tompok-tompokan tahi gajah berada di merata-rata.
Kami tiba berhampiran khemah jam 6pm, haku terasa kepenatan lalu tertidur bersandarkan batu di celah-celah batu besar di tebing sungai dan terjaga 30 minit kemudian untuk memulakan tugas sebagai assistant chief, akan tetapi bila sampai di khemah rasa terharu apabila semuanya telah tersedia kerana ada rakan-rakan kami yang tidak ikut serta telah merelakan diri menyiapkan hidangan makan malam. Oleh kerana haku kepenatan selera tak terbuka untuk
menjamah hidangan makan malam cuma beberapa kali minum air kopi dan teh o untuk hilangkan rasa dahaga dan hanya meminta seorang rakan memasak megi untuk menggalas perut. Aktiviti malam haku hingga ke pukul 11pm lebih hanya memancing berhampiran khemah, hujan renyai-renyai juge membantutkan aktiviti memancing walaupon pada mula nyer ikan sedang rancak memakan pancing. Setelah kehabisan umpan cacing aktiviti mancing mula menjadi busan tambahan pula hujan semakin lebat dan haku menamatkan akiviti mancing dan beralih ke aktiviti berbual-bual tentang kejadian siang tadi dengan rakan-rakan lain.
Hari Ketiga (Isnin 9 Jun 2008)
Bangun pagi seperti biasa selepas mencuci gigi haku mencapai joran dan terus ke gigi air yang mempunyai cegar(jeram) berarus deras mencuba pula sejenis teknik memancing iaitu teknik casting dengan berumpankan sesudu besidan berharap ikan Sebarau akan menyambar jika balingan terkena pada saat-saat ia berada di situ akan tetapi setelah mencuba selama sejam lebih tiada sambaran ikan yang mahu menyambar sesudu besi yang dilontarkan berulang kali kedalam air, haku pon kembali ke khemah dan bersarapan roti tampal telur yang digoreng. Haku tidak berputus asa dan kali ini mencuba mencari ikan sepices lain yang lebih kecil iaitu ikan Terubol,Lampan ataupon Kerai dengan berumpankan hirisan kelapa sawit. Acara pancingan tamat jam 12pm dan haku hanya memperolehi berapa ekor ikan Terubol dan Kerai berserta ikan Baung untuk di bawa pulang.
Kami mula bersiap mengemas dan membersihkan tapak perkhemahan dan menanam sampah sarap berserta plastik-plastik semuanya demi menjaga
kebersihan hutan dan sungai. Kami mula bergerak keluar setelah semua barang-barang sudah di masukkan ke dalam bot dan haku rasa tidak puas berada di sini tambahan pula ikan yang dicari tidak diperolehi. Perjalanan bot menyusuri keluar dari Sungai Kejar ke Tasik Banding sekali lagi amat memukaukan malah membuatkan hati ini terasa ingin kembali lagi,walaupon kepenatan sebilangan kami ada yang terlelap walaupon dalam keadaan duduk.
Keseluruhan trip ini boleh dikatakan semua orang berjaya menaikkan ikan akan tetapi ia di anggap tidak berjaya kerana tidak seorang pon yang berjaya menaikan Ikan Kelah yang di idam-idamkan..Haku tetap puas malah kurasakan semuanya puas juga walapon menaikkan sepices ikan-ikan yang tidak kurang hebat di sungai ini. Setelah semuanya selamat sampai di jeti haku dan rakan-rakan lain mencari ‘buah tangan’ untuk dibawa pulang untuk santapan keluarga. Walaupon haku berjaya membawa balik hasil pancingan namun kesempatan berada di tasik ini, haku dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang membeli beberapa jenis ikan yang dijual rumah terapung yang berada di tepi tasik seperti Ikan Sebarau, Ikan Tenggalan dan Ikan Tengas.
Tiba di Kuala Lumpur jam menunjukkan sudah ke pukul 11pm setelah mandi membersihkan diri serta bersolat sambil menunggu perlawanan bolasepak Euro, haku membelek-belek surat khabar dan membaca setelah terputus hubungan selama 3 hari ketika berada di hutan Belum. Mata ini terpaku bilamana melihat salah satu artikel tentang kehilangan seorang pegawai tentera yang hilang itu telah dijumpai di tepi sungai Kejar dan malangnya dia telah ditemui meninggal dunia.
takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Shahrizal Abd Latiff.
Al Fatihah